ORANG YANG TIDAK JUJUR
... ... ... ORANG YANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya berjam-jam
...
ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut
ORANG YANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut
ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu
ORANG YANG GUGUP
Orang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa untuk kentut
ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum
ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada katil
orang lain
ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu merasa malu sendiri
ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain
ORANG YANG BONGOK
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan angin yang keluar
ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sediki-sedikit sampai bunyi
"tit - tit - tittttt"
ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya
ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain
ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi
ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi
"blekutuk - blekutuk - bloop - bloop - bloopp"
ORANG YANG VISUAL
orang yang bila kentut, mampu membayangkan trajectory angle vektor sebaran kentutnya, dan melakukan tindakan sewajarnya
ORANG YANG AUDITORI
orang yang peka pada bunyi kentutnya, dan juga peka pada bunyi kentut orang lain, dan melakukan tindakan sewajarnya
ORANG YANG KINESTETIK
orang yang mampu menyembunyikan bunyi dan bau kentutnya, dengan pergerakan-pergerakan men'cover' yang dihasilkannya
ORANG YANG INDIVIDUALISTIK
orang yang tak kisah kentutnya itu busuk atau tak, bau kuat atau tak, pentingkan diri sendiri betul! HUh!
ORANG YANG ATLET
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman
ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut
ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang
ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya itu merdu, harum dan wangi...
ORANG YANG PEMARAH
orang yang selalu sangat marah, waktu kentut pun dia boleh marah
ORANG YANG PENAKUT
orang yang bila kentut, takut-takut, tak lepas semua
ORANG YANG KEDEKUT
orang yang kentutnya, dikira-kira berapa kali das yang dilepaskan. Berkiralah, katakan...
ORANG YANG SANGAT DIHORMATI
orang yang bila dia terkentut, orang lain masih mampu menghormatinya, dan boleh anggap tak kisah.
ORANG YANG OPPORTUNIS,
orang yang kentutnya, tak disedari. tahu-tahu, tinggal bau sahaja, orangnya dah takde.
ORANG YANG POPULAR
orang yang kalau terkentut, suka betul tengok reaksi orang sebelah dia
ORANG YANG PENYAYANG
orang yang kalau rasa nak terkentut, akan berpaling ke arah orang yang disayangi, supaya bau itu tidak direct ke muka orang tadi, (tapi ke muka orang lain).
ORANG YANG KELAKAR
orang yang kalau kentut, dia suka menganggap kentutnya itu bahan gurauan, dan tak kisah gelakkan kentut orang lain.
ORANG YANG PERASAN DIA KELAKAR
orang yang kalau kentut, dia buat lawak yang tak kelakar tentang kentut dia, .... dan gelak sorang-sorang cover malu.
p/s: korang jenis yang mana? :D
No comments:
Post a Comment